Kalauikut resepi ini sesiapa pun boleh memasak rendang dengan sedap Berbalik pada menu ni sebenarnya saya masak rendang daging ni semalam 19153 likes 23 talking about this. Unik Menarik Resepi Rendang Pegaga Masakan Tradisi Negeri Sembilan - Duration Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan Melihat tajuk resepi jer 4/04/2022 Selamat berpuasa pada semua follower. Ramadhan Kareem. Semalam hari pertama berpuasa saya tidak solat terawih di surau kerana saya masih keletihan dan jet lag. Saya bangun pagi dan melakukan solat terawih sendirian sebelum turun untuk sahur. Mungkin selepas 2 minggu lasak berjalan sana sini, menjadikan saya sangat letih. Dalam penerbangan pun rasa sakit badan dan tak rehat seperti mana penerbangan ke London. Insya Allah hari kedua berpuasa, saya akan cuba menunaikan solat terawih di masjid. Lagi pulak ujian RTK professional yang perlu dilakukan dalam masa 24 jam selepas ketibaan adalah negatif. Jangan pulak kehadiran kita boleh memudaratkan orang lain. Walaupun 48 jam sebelum penerbangan balik, kami telah dikenakan untuk melakukan ujian RTK professional di London. Maklumkan sekarang di London telah adanya variant baru selepas Omicron. Kos untuk test covid yang disyaratkan untuk kemasukan ke Malaysia agak tinggi juga untuk kami berlima, rasanya hampir satu ribu ringgit juga. Alhamdulillah hari ini diberi kekuatan untuk berkongsi video Rendang Ayam Hijau di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI dan untuk saya kongsikan resipi di blog kesayangan saya ini. Harap selepas membaca, anda sudilah untuk klik iklan yang keluar di blog bagi memberikan sedikit pendapatan buat blogger sepenuh masa seperti saya. Walaupun tidak banyak, cukup untuk memberi motivasi untuk terus update resipi di blog yang kian sendu ini. Maklumlah orang ramai sekarang telah beralih ke Instagram, TikTok dan macam macam lagi platform media social. Tapi saya yakin masih ada follower yang membaca blog layan resipi di bawah ini. Rendang Ayam Hijau Sedap Oleh Azie KitchenBahan A kisar10 biji cili besar hijau10 biji cili api hijau2 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas2 batang serai1 sudu kecil serbuk kunyit Bahan B1 ekor ayam500ml santan segar 2 keping asam keping2 sudu besar kerisik2 helai daun limau purut1 helai daun kunyit - hiris1 KUIB PATI AYAM KNORR 1 cawan minyak masak Cara caraPanaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit ayam. Kacau rata sehingga santan, asam keping dan daun limau purut. Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata. Masak hingga terbit minyak dan kering yang disukai. Boleh tutup api. Masukkanayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. Kongsi 6/24/2018 Rendang Ayam Pedas Perak versi Bonda Mertua saya sangat sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan juga mee hoon. Ianya adalah rendang yang paling sedap di tekak saya. Ianya lain dari yang lain. Wallaaa sedap sangat. Saya ingin dedikasikan resepi ini buat arwah Bonda Mertua saya Hajah Esah Kulup Mat Sari yang menunjuk ajar saya resepi masakan rendang pedas ini. Resepi rendang yang mula mula saya pelajari. Sama sama doakan agar roh arwah dicucuri rahmah dan diampuni segala dosa. Semoga arwah mendapat pahala dari perkongsian ini. Aameen. Ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah suami di Ampang Jaya, saya dibekalkan dengan sebekas rendang ayam, mee hoon, kuih bakar dan agar agar kemenyan untuk berbuka puasa. Rendang Pedas Perak, bisik Zatul, yang kebetulan duduk bersebelahan saya. Menelan nelan air liur melihat Zatul dan tetamu lain makan. Setelah merasa rendangnya waktu berbuka puasa, tiba tiba teringatkan rendang yang setiap tahun disediakan oleh Bonda Mertua kerana rasa dan rupanya sangat sama. Sejak berkahwin, saya akan balik kampung suami sehari atau dua hari sebelum raya. Jadi hari sebelum raya, memang suami akan ke pasar bersama Bonda Mertua untuk membeli bahan bahan untuk dimasak rendang dan lain lain juadah raya. Saya akan turut sama menghiris bahan bahan yang digunakan untuk masakan rendang. Semua bahan dihiris kecuali cili kering, lengkuas dan kunyit hidup. Memang agak remeh dan memakan masa. Saya jenis yang tidak tahan panas. Jadi suami akan cari kipas angin dan dipasang ke arah saya yang berpeluh peluh kepanasan. Saya selalu terfikir kenapa perlu dihiris, kenapa tidak dikisar sahaja. Tapi ketika itu, saya tidak berani bertanya. Hanya mengikut sahaja apa yang disuruh. Setelah semuanya siap dihiris, dimasukkan ke dalam kuali besar, barulah api dinyalakan. Dapur gas diletak dilantai bagi memudahkan untuk selalu dikacau. Ketika itu, saya tidak pula memerhatikan sukatan bahan bahannya kerana ianya dimasukkan ala campak campak sahaja. Bayangkan ketika berbuka puasa, kami akan makan rendang yang telah dimasak dari pagi itu secara beramai ramai dengan duduk bersila di lantai. Rendangnya agak berbeza kerana ianya kering dan berserdak kerana penggunaan kelapa parut yang digoreng. Jadi rendangnya memang sedap dicicah dengan lemang. Memang lain dengan rendang biasa yang kita temui di kedai kedai yang dimasak untuk dimakan dengan nasi campur. Ianya berwarna kemerahan dan kering, tidak berminyak minyak. Lagi lama dipanaskan akan lagi kering dan sedap. Cuma pastikan api kecil dan dibiarkan rendang lama lama sehingga kering dan tidak lagi kelihatan basah. Hari ini saya tidak menghiris bawang kerana saya merasmikan penggunaan blender Phillips yang saya beli semalam. Ianya boleh mengisar bawang tanpa menggunakan air. Bahan lain semua dihiris halus mengikut cara Bonda Mertua. Jom layan resepi yang saya salin berdasarkan sukatan yang biasa saya guna dalam menyediakan rendang, cuma kaedah penyediaannya sahaja mengikut cara arwah Bonda Mertua. Maklum dia memasak dalam jumlah yang banyak dalam 4-5 ekor ayam sekali masak. Jangan lupa video penyediaannya ada di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua 2 ekor ayam - dipotong 14 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa 15 - 20 tangkai cili kering - saya guna 8-9 sudu besar cili kisar Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap. Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam. Hariini saya nak kongsi resepi pau yang gebu dan lembut! Mudah je nak buat pau gebu gebas ini, confirm puas hati. Kukus panas-panas untuk makan pagi mahupun tengah hari pun sedap! Nak buat frozen pun senang. Anda boleh letakkan inti ikut selera anda, contohnya kaya, kacang merah, rendang daging, ayam bbq dan lain-lain lagi. 4/15/2023 Alhamdulillah hari ini kita telah berada pada hari ke 24 Ramadhan. Malam ini malam ke 25. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah tanpa mengira malam ganjil atau malam genap di malam malam akhir Ramadhan ini. Insya Allah jika kita ikhlas, kita pasti akan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah. Sebelum masuk bab resipi, saya sekadar ingin mencoretkan sekarang ini ramai betul wanita dan para lelaki yang membuat content masakan di socia media. Perkembangan yang bagus untuk mendekatkan anak anak muda dengan dapur dan masakan. Cuma saya yang dah kategori nenek nenek ini, memang tak akan mengikut resipi orang orang muda ni. Resipi yang dikongsi demi content. Saya dari dulu sejak dibangku sekolah memang peminat resipi, pencinta resipi dan pengumpul resipi. Saya buat blog dan video channel lebih 10 tahun dulu untuk berkongsi resipi. Bukan berkongsi untuk content. Saya masak dan share. Kalau ada yang nak tengok, silakan. Kalau ada yang nak ikut, silakan. Itu sahaja. Jadi saya ambil hanya resipi emak emak turun temurun atau resipi orang berniaga. Resipi tested lah dan yang boleh dipercayai. Insya Allah saya akan kekal dengan identiti dan cara saya sehingga satu masa saya bersara dari dunia blogging. OK setakat ini dahulu. Cadangan asal hanya untuk menyediakan ayam goreng garam kunyit sahaja sebagai lauk nasi lemak. Tapi terfikir pulak, kalau dibuat lauk berkuah, boleh dimakan dengan nasi putih. Itu yang tukar fikiran, ke rendang pedas ayam. Ini kiranya a keeper recipe untuk rendang pedas ayam. Untuk rendang ini, kita boleh membuatnya sedikit kering dengan dimasak dan kering lama lama. Sedap makan dengan lemang. Tapi hari ini, saya buat sedikit berkuah atau basah untuk dimakan dengan nasi lemak hijau. Nasi lemak yang dikisar daun pandan. Jom layan resepi yang gerenti jadi dengan sedap di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk cara penyediaannya. Selamat mencuba... Rendang Pedas Ayam My Signature Dish 50 gram kelapa parut - digoreng keperangan 1 helai daun kunyit - hiris 1 sudu kecil gula - opsyenal 1 inci kunyit hidup - 10 gram 2-3 biji bawang besar - 210 gram 5 biji bawang merah - 50 gram 3 sudu besar penuh cili - 130 gram Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan sekali sekala dikacau di bahagian dasar kuali untuk mengelakkan ayam hangit. Masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain. Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka. Cara bonda mertua saya, semua bahan dihiris halus.
ResepiSoto Sedap. 2,968 likes ยท 6 talking about this. Appliances. Jump to. Sections of this page. Rendang Ayam Negeri Sembilan. Food Delivery Service. Azie Kitchen. Interest. Resepi Jawa. Food & Beverage Company. Resepi Terbaik Kak Ana. Personal Blog.
5/09/2019 Hari ini kita sedar atau tidak kita telah berada pada hari ke4 di bulan Ramadhan. Sangat pantas. Bagi orang beriman, mereka akan gusar bila Ramadhan sampai ke penghujungnya. Ramadhan ada banyak peluang yang di alpakan oleh ramai orang. Saya ingin kongsikan petikan tazkirah Zohor oleh Ustaz Rozie Rejab di surau tempat saya bekerja. Antaranya ialah Pertama, Ramadhan menawarkan satu peluang pengampunan dosa. Bukan sahaja dosa pada Allah tapi juga pada manusia. Peluang sama diberi pada mereka yang mendapat Haji yang mabrur. Selain itu, dalam majlis ilmu, semua yang ada dalam majlis ilmu akan diampunkan satu persatu dan hajat mereka akan diperkenankan satu persatu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sentiasa beristighfar samada dalam hati atau secara lisan di mulut. Selepas solat, jangan kelam kabut mahu bangun. Beristighfar lah sekurangnya 3 kali. Peluang kedua yang dialpakan ialah kurangnya berselawat ke atas Nabi. Barang siapa banyak selawat pada aku Allah akan beratkan timbangan amalannya. Peluang ketiga yang mudah ialah menyantuni anak yatim di sekeliling. Cukup sekadar senyuman. Siapa dalam Ramadhan yang boleh buat anak yatim happy, orang ini akan dimuliakan Allah. Peluang seterusnya ialah bila bangun sahur. Sahur adalah waktu terbaik untuk beristighfar. Rugi siapa yang tidak mohon keampunan ketika ini. Tak bangun sahur pun rugi kerana dalam sahur ada keberkatan. Apa yang dikatakan berkat. Benda sikit tapi boleh guna banyak. Rugi jika bangun sahur tapi tidak melakukan solat sunat 2 rakaat. Amalan Ramadhan yang dialpakan seterusnya ialah tidak membaca Al Quran. Baca satu ayat dalam bulan Ramadhan, dapat pahala khatam Al Quran. Kalau selain dari bulan Ramadhan, baca satu huruf dapat 10 pahala. Peluang lain ialah memberi makan orang berbuka maka baginya adalah puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa mereka walau sedikit pun. Rugi jika tak ambil peluang. Hatta walau sebiji tamar atau seteguk air. Sunat ketika nak buka puasa, pegang dan belek buah tamar dulu. Peluang seterusnya yang selalu di alpakan ialah tidak menghadiri majlis ilmu yang merupakan taman syurga dunia. Selangkah ke majlis ilmu dengan tujuan dapat redha Allah, akan diberi satu tahun nilai ibadah bagi setiap langkah. Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan dilebur semua sekali dalam kuali. Tak perlu tumis tumis. Lagi pun masak untuk seekor ayam jer. Kalau kita memasak dalam jumlah yang banyak contoh untuk majlis atau untuk hari Raya, lebih baik ditumis supaya rendang tahan lama dan lambat basi. Boleh tengok di SINI. Rendang ayam atau daging adalah antara lauk yang saya suka sediakan di bulan Ramadhan. Saya memang tak suka makan nasi yang berkuah. Jadi kuah rendang digaul gaul dengan nasi putih telah cukup untuk membangkitkan selera terutama waktu sahur. Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan. Ianya tahan lama dan boleh dimakan dengan pelbagai samada dengan nasi putih, pulut, mee hoon atau dicicah roti sahaja. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba... 3-4 sudu besar cili kering kisar 1 helai daun kunyit - hiris Sebahagian dari bawang merah, bawang putih, serai dan halia dihiris halus. Sebahagian lagi dikisar dengan bahan kisar. Masukkan ayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. SotoAyam Azie Kitchen Asian Cooking Cooking Recipes Asian Recipes Medan selera ini menempatkan beberapa unit lot gerai yang menjual menu makanan yang sedap pada harga yang lebih mesra poket rakyat Malaysia.
Bahanbahan. 1 ekor ayam pencen. 3 cawan santan pekat. 1 cawan cili kisar. 1/2 cawan kerisik. 2 helai daun kunyit-dicarik2 kasar. 2 helai daun kunyit-hiris halus. garam kasar, garam halus, gula, minyak dan sedikit asam jawa. Bahan2 dikisar halus.
. 441 78 472 489 66 304 306 331

resepi rendang ayam sedap azie kitchen